Snippet
Minggu Taaruf Tahun 1 sesi 2013/2014

Objektif utama Minggu Taaruf/Orientasi untuk pelajar tahun 1 diadakan adalah untuk memperkenalkan Fakulti Pergigian USIM kepada adik-adik yang baru sahaja menjejakkan kaki di USIM Pandan Indah ini. Melalui program ini, mereka dapat berkenalan dengan senior-senior dengan lebih dekat serta bertanya serba sedikit tentang pengalaman mereka sepanjang berada di sini. Program ini berlangsung selama empat hari dari 5 September 2013 sehingga 8 September 2013.

5 September 2013 :

Tepat pukul 1 tengahari, pelajar tahun 1 selamat tiba di perkarangan GlenView Villa, kolej kediaman pelajar pergigian dan perubatan USIM. 


Selepas mendaftarkan diri di unit kolej masing-masing, urusetia program memberi taklimat untuk aktiviti seterusnya iaitu solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta diikuti dengan aktiviti Ice Breaking.



Selepas solat Isyak berjemaah dan tazkirah daripada senior, aktiviti Ice Breaking dimulakan. Pelajar tahun 1 dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh tiga orang fasilitator yang terdiri daripada senior tahun 2. Mereka diperuntukkan masa 30 minit untuk mereka cipta moto, visi dan 'tagline' kumpulan masing-masing sebelum membentangkan persembahan mereka di hadapan rakan-rakan mengikut kreativiti yang tersendiri.



6 September 2013 :

Pukul 9.30 pagi, kuliah "Introduction of Dentistry" oleh Encik Mohd Azli diperdengarkan kepada pelajar-pelajar tahun 1. Kemudian diikuti dengan taklimat ringkas tentang keselamatan, pengangkutan, perpustakaan dan kolej kediaman oleh pihak pengurusan yang terlibat.


Usai solat Jumaat, pelajar-pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing untuk aktiviti "Faculty Tour". Mereka didedahkan dengan kedudukan makmal-makmal, poliklinik, kafeteria, perpustakaan dan sebagainya. Pada sesi malam pula, program diteruskan dengan aktiviti "Treasure Hunt by 5th Year Students".


7 September 2013 :

Aktiviti joging merentas Kampung Cheras Baru disertai pelajar-pelajar tahun 1, diiringi oleh fasilitator program. Selain bertujuan untuk menyihatkan badan, aktiviti ini dapat merapatkan lagi ukhuwah antara junior dan senior. Selepas merentas desa, slot bulatan gembira telah diadakan sambil bersarapan bersama-sama. Pelajar-pelajar saling berkongsi cerita dan pengalaman melalui slot ini walaupun dalam masa yang singkat.

8 September 2013 :

Tepat pukul 8.30 pagi, aktiviti telematch bertempat di padang bersebelahan dengan Masjid Nurussaadah berlangsung. Senior-senior selain fasilitator turut turun padang untuk memeriahkan lagi program telematch ini. Pelbagai acara telah disediakan untuk memupuk semangat bekerjasama dan berkumpulan dalam diri adik-adik tahun 1.










Program Minggu Taaruf Tahun 1 sesi 2013/2014 melabuhkan tirainya pada waktu tengahari. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, program ini berjaya dilangsungkan dan diharapkan generasi seterusnya dapat meneruskan tradisi ini pada masa akan datang.

Dental Students Club mengucapkan selamat datang kepada adik-adik junior tahun 1 yang dikasihi, dan semoga berjaya sepanjang perjalanan menuntut ilmu di bumi tarbiah ini. Selamat maju jaya ! :)

Assalamualaikum.

Kami memohon maaf di atas ketidakaktifan blog ini hampir setahun disebabkan masalah teknikal. InsyaAllah bermula sesi ini kami akan berusaha sedaya upaya kami untuk memastikan berita-berita tentang aktiviti tahunan pelajar-pelajar pergigian USIM sentiasa diupdate dari semasa ke semasa.



Sekian terima kasih :)


         DSC sekali lagi tampil dengan program yang amat bermanfaat untuk semua pelajar. Hasil usaha keras Biro Pembangunan Sakhsiah dan Kerohanian DSC akhirnya membuahkan hasil dengan wujudnya Kursus Pengurusan Jenazah yang melibatkan para pelajar, pensyarah dan juga staff Fakulti Pergigian USIM. Beberapa fasilitator di datangkan khas daripada JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) untuk memberi penerangan dan menunjukkan demonstrati serta praktikal cara-cara pengurusan jenazah, bermula dengan memandikan jenazah sehinggalah proses pengebumian.

      Untuk melihat dan merasai sendiri kesungguhan para peserta kursus mempelajari dan menghayati program tersebut, sila klik sini.


Mungkin jika isu ini diambil perhatian, berada di dalam IPTA ada banyak keuntungannya.

Saham akhirat pon dapat lebih sebab jadi guru..

So, jom join USIM ramai-ramai. Anyone?



Dengan pertambahan graduan pergigian, mereka bakal menempuhi tempoh perkhidmatan wajib selama 2 tahun sahaja.

Selesai 2 tahun, mereka boleh memilih untuk terus berada di dalam perkhidmatan awam atau melangkah ke alam swasta.



Adakah ini suatu berita baik atau buruk bagi anda?



Oleh: Mohamed Sirajudin (Bendahari, IPSI)         siraj_07@yahoo.co.uk

Bila tibanya penghujung tahun, salah satu soalan yang sering dilontarkan oleh mereka yang beragama Kristian kepada penganut Islam ialah seperti berikut:

Kalau benar umat Islam beriman kepada Yesus Kristus, mengapa mereka tidak berserta bersama dengan penganut Kristian menyambut Hari Natal sepertimana mereka memperingati Maulid Nabi?


Bagi kita, ini merupakan satu soalan yang sememangnya menarik dan perlu diberikan perhatian yang sewajar. Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa umat Islam tidak merayakan Hari Natal seperti yang dilakukan oleh penganut beragama Kristian.

Pertama sekali, perlu kita faham bahawa Hari Natal atau Krismas tidak ada kaitannya dengan Yesus Kristus. Perkara ini mungkin memeranjatkan bagi kebanyakkan orang tapi hakikatnya ialah tidak ada sebarang bukti atau dalil kukuh dari kitab Perjanjian Baru atau mana-mana buku sejarah yang mengatakan bahawa Yesus lahir pada 25 Disember. Cuba kita lihat beberapa pendapat.

“It is doubtful that Jesus was truly born on December 25th. Some early church fathers believed it to have been December 25th, but the Bible does not say when Jesus was born.  The Bible does not even really tell us what season he was born.  The early church declared December 25th to be Jesus’ birthday in order to replace a pagan Roman holiday.” (John Benza, Power to Change)

“The exact date of Christ’s birth is not known” (Encyclopaedia of Early Christianity)


“Was Jesus born on December 25? There is no evidence for this date. So then, who decided that Jesus' birth would be celebrated on that date? The early Christian church did not celebrate Jesus' birth. It wasn't until A.D. 440 that the church officially proclaimed December 25 as the birth of Christ. This was not based on any religious evidence but on a pagan feast. Saturnalia was a tradition inherited by the Roman pagans from an earlier Babylonian priesthood. December 25 was used as a celebration of the birthday of the sun god. It was observed near the winter solstice.”                     
(dari laman web allaboutjesuschrist.org)

Kedua, menurut bukti sejarah, tarikh Disember 25 merupakan sambutan hari kelahiran dewa matahari di zaman empayar Rom. Bila empayar Rom yang dahulunya mengamalkan penyembahan berhala menerima agama Kristian sebagai agama rasmi, perayaan hari kelahiran dewa matahari ditukar-ganti dengan menyambut hari kelahiran Yesus Kristus sebagai anak Tuhan. Ikuti penjelasan dibawah yang dipetik dari buku Jesus Christ, Our Promised Seed:

“In 274 A.D., the Romans designated December 25 as the birthday of the unconquered sun, being the time when the sun begins noticeably to show an increase in light, resulting in longer daylight hours. By 336 A.D., the church in Rome was adapting this festival, spiritualizing its significance as a reference to Jesus Christ and calling it the ‘Feast of the Nativity of the Sun of Righteousness.’ Attempting to Christianize and incorporate the pagan traditions of antiquity, the church in Rome adopted this midwinter holiday celebrating the birth of the sun god as one of its own observances, somewhat changing its significance, but retaining many customs of the pagan festival. As the Roman church spread its influence religiously and militarily, this holiday of December 25 became the most popular date in Christendom to celebrate the birth of Jesus Christ. A special mass was established for Christ, hence, the name, ‘Christmass,’ abbreviated ‘Christmas.’”

“One widespread explanation of the origin of this date is that December 25 was the Christianizing of the dies solis invicti nati (‘day of the birth of the unconquered sun’), a popular holiday in the Roman Empire that celebrated the winter solstice as a symbol of the resurgence of the sun, the casting away of winter and the heralding of the rebirth of spring and summer.” (Encylopaedia Britannica)

Pendek kata, tarikh Disember 25 dan sambutan Krismas bertitik tolak dari pemujaan berhala yang jelas berunsur syirik dan sesat. Ia bukan hari kelahiran Isa al Masih (as) yang sebenar tapi diwujudkan untuk meraikan kelahiran dewa matahari yang disembah oleh masyarakat Rom ketika itu. Oleh kerana Islam menegah umatnya dari terlibat dalam perkara-perkara yang mengandungi unsur syirik dan batil, maka sewajarnya kita perlu menjauhi diri dari menyertai sambutan Hari Natal.


Ketiga, menurut gambaran tentang kelahiran Yesus yang diberikan dalam bab 2, ayat 8 dalam Injil Lukas, semasa beliau lahir “gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam” (Al Kitab Indonesia Terjemahan Baru). Ini membawa maksud bahawa para pengembala kambing berada di kawasan padang terbuka pada waktu malam bersama-sama dengan haiwan ternakan mereka.

Kalau peristiwa ini dikatakan berlaku pada penghujung bulan Disember ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Ini kerana bumi Palestin pada setiap bulan tersebut mengalami musim sejuk, sepertimana di Eropah. Sudah tentu ia bukannya masa yang sesuai untuk menternak haiwan di kawasan terbuka kerana kemungkinan besar si pengembala dan haiwan ternakkannya akan mati kesejukan bersama.

Jadi, berkemungkinan besar Yesus Kristus lahir lebih awal dari bulan Disember, iaitu semasa musim panas yang membolehkan haiwan ternakan dilepaskan untuk berkeliaran di kawasan padang terbuka walaupun pada waktu malam. Hanya cuaca musim panas yang dapat mengizinkan perkara sedemikian.

Keempat, dalam kitab Perjanjian Baru tidak disebut bahawa Yesus Kristus menyambut hari lahirnya atau menyuruh para pengikut untuk memperingati tarikh kelahiran beliau. Malah tidak ada sebarang rekod yang membuktikan pengikut Yesus yang terawal mahupun generasi yang seterusnya merayakan hari kelahiran beliau.

Dan kelima, tidak ada sebarang nas atau dalil dalam sumber-sumber Islam yang mewajibkan atau menyuruh umat Nabi Muhammad (sas) untuk merayakan Hari Natal mahupun hari kelahiran mana-mana nabi atau rasul yang diutus oleh Allah s.w.t.

Dalam Islam, hanya ada 2 perayaan keagamaan yang mesti disambut, iaitu Hari Raya Eid-ul Fitr dan Hari Raya Eid-ul Adha atau Hari Raya Korban. Perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad (sas) merupakan satu bidaah kerana ia tidak pernah diajar oleh Nabi (sas) dan tidak disambut oleh para sahabat baginda, sepertimana yang dilakukan oleh segelintir umat Islam hari ini. Kalau sambutan Maulid Nabi itu merupakan bidaah, apatah lagi menyambut Hari Natal yang tidak ada kaitannya dengan kelahiran Isa putera Maryam (as).

Maka marilah kita sama-sama menjunjung tinggi sunnah Nabi (sas) dan ajaran Islam yang sebenar. Janganlah kita secara membuta tuli berturut serta merayakan sesuatu perayaan keagaaman yang telah jelas kesesatan dan kesyirikannya. Perlu kita ingat, bila penganut Kristian merayakan Hari Natal mereka bukan sekadar memperingati tarikh lahir seorang nabi berketurunan Bani Israel tapi seorang manusia yang mereka anggap sebagai Anak Tuhan yang telah turun ke bumi dari syurga untuk mati di tiang salib sebagai menebus dosa manusia.


Pegangan ini jelas bercanggah dengan akidah suci Islam yang menegaskan bahawa Isa al Masih (as ) bukan Tuhan atau Anak Tuhan tapi seorang nabi pilihan dan pesuruh Allah yang diutuskan kepada Bani Israel untuk membawa mereka kembali kepada syariat Nabi Musa (as) yang sebenar dan mengesakan Allah Yang Tunggal.

Begitulah antara beberapa sebab mengapa umat Islam tidak menyambut upacara Hari Natal dan mengapa mereka perlu memastikan supaya tidak terlibat dalam apa jua cara sekali pun. Dan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
assalamualaikum buat semua pelajar-pelajar fakulti pergigian USIM.

alhamdulillah, baju korporat FPg akan dihasilkan tidak lama lagi. untuk makluman, baju ini akan dijadikan baju rasmi pelajar-pelajar FPg USIM  dan boleh dipakai bagi tujuan formal mahupun tidak seperti program-program rasmi fakulti, Dental Student Club, program-program anjuran kelas masing-masing mahupun jika kalian mewakili FPg USIM ke mana-mana pertandingan seperti debat. Ianya merupakan hasil buah fikiran bersama dan sebarang cadangan mahupun komen telah turut di ambil kira. InsyaAllah pihak kami (DSC) akan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan kualiti baju yang dihasilkan sejajar dengan cita rasa kalian dan mampu memuaskan hati semua pihak. 

di sini, turut di sertakan contoh baju korporat yang akan dihasilkan: 

baju rasmi FPg

harga bagi seunit baju korporat ialah RM 63. bayaran boleh dibuat mulai esok hari kepada wakil-wakil kelas yang telah ditetapkan:
- fariha (tahun 1)
- fitriah (tahun 2)
- nurul asmat (tahun 3)
- sulaiman (tahun 4 & 5)

sebarang pertanyaan, cadangan mahupun perubahan berkaitan tempahan yang telah dibuat (terutama sekali mengenai nama yang akan disulam pada baju tersebut) boleh diajukan kepada wakil DSC di kelas masing-masing.



seterusnya, ialah berkaitan jaket FPg. 'design' akhir jaket masih belum diputuskan. oleh itu, pihak kami memohon jasa baik & kerjasama kalian untuk mengundi design yang kalian mahukan di laman facebook DSC. sekadar ingatan, jaket yang akan ditempah merupakan 'ready made'; justeru 'design' yang kami maksudkan di sini hanyalah merujuk kepada kedudukan logo, nama & juga sebagainya. dari segi potongan jaket dan spesifikasi lain, ianya telah ditetapkan oleh pihak pengeluar. harga bagi seunit jaket juga sekitar RM60. 

berikut merupakan contoh jaket yang memerlukan survey daripada kalian:

pilihan 1



pilihan 2


pilihan 3


pilihan 4

para pelajar adalah digalakkan untuk memiliki kedua-dua baju rasmi dan juga jaket FPg ini yang secara tidak lansung melambangkan kesatuan kita sebagai warga FPg dan mempamerkan imej fakulti kita di mana jua kita berada. segala kerjasama & respons positif kalian kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.


*bagi sesiapa yang tidak mempunyai akaun facebook, sila tinggalkan komen (survey) kalian di sini. terima kasih.









noor faradzela mohamad (013 6412824),
faradzela91@gmail.com




Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina??

Zina dapat ditakrifkan sebagai persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam
wati’ syubhah iaitu persetubuhan yang meragukan.

Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat.

Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)


ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :

1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN

ZINA MUHSAN

Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin)

ZINA BUKAN MUHSAN

Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).

Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.

Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN

Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.




disediakan oleh: Biro Pembangunan Sahsiah & Kerohanian DSC