Snippet

Welcome, New Family Members :)

Minggu Taaruf Tahun 1 sesi 2013/2014

Objektif utama Minggu Taaruf/Orientasi untuk pelajar tahun 1 diadakan adalah untuk memperkenalkan Fakulti Pergigian USIM kepada adik-adik yang baru sahaja menjejakkan kaki di USIM Pandan Indah ini. Melalui program ini, mereka dapat berkenalan dengan senior-senior dengan lebih dekat serta bertanya serba sedikit tentang pengalaman mereka sepanjang berada di sini. Program ini berlangsung selama empat hari dari 5 September 2013 sehingga 8 September 2013.

5 September 2013 :

Tepat pukul 1 tengahari, pelajar tahun 1 selamat tiba di perkarangan GlenView Villa, kolej kediaman pelajar pergigian dan perubatan USIM. 


Selepas mendaftarkan diri di unit kolej masing-masing, urusetia program memberi taklimat untuk aktiviti seterusnya iaitu solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta diikuti dengan aktiviti Ice Breaking.



Selepas solat Isyak berjemaah dan tazkirah daripada senior, aktiviti Ice Breaking dimulakan. Pelajar tahun 1 dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh tiga orang fasilitator yang terdiri daripada senior tahun 2. Mereka diperuntukkan masa 30 minit untuk mereka cipta moto, visi dan 'tagline' kumpulan masing-masing sebelum membentangkan persembahan mereka di hadapan rakan-rakan mengikut kreativiti yang tersendiri.



6 September 2013 :

Pukul 9.30 pagi, kuliah "Introduction of Dentistry" oleh Encik Mohd Azli diperdengarkan kepada pelajar-pelajar tahun 1. Kemudian diikuti dengan taklimat ringkas tentang keselamatan, pengangkutan, perpustakaan dan kolej kediaman oleh pihak pengurusan yang terlibat.


Usai solat Jumaat, pelajar-pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing untuk aktiviti "Faculty Tour". Mereka didedahkan dengan kedudukan makmal-makmal, poliklinik, kafeteria, perpustakaan dan sebagainya. Pada sesi malam pula, program diteruskan dengan aktiviti "Treasure Hunt by 5th Year Students".


7 September 2013 :

Aktiviti joging merentas Kampung Cheras Baru disertai pelajar-pelajar tahun 1, diiringi oleh fasilitator program. Selain bertujuan untuk menyihatkan badan, aktiviti ini dapat merapatkan lagi ukhuwah antara junior dan senior. Selepas merentas desa, slot bulatan gembira telah diadakan sambil bersarapan bersama-sama. Pelajar-pelajar saling berkongsi cerita dan pengalaman melalui slot ini walaupun dalam masa yang singkat.

8 September 2013 :

Tepat pukul 8.30 pagi, aktiviti telematch bertempat di padang bersebelahan dengan Masjid Nurussaadah berlangsung. Senior-senior selain fasilitator turut turun padang untuk memeriahkan lagi program telematch ini. Pelbagai acara telah disediakan untuk memupuk semangat bekerjasama dan berkumpulan dalam diri adik-adik tahun 1.










Program Minggu Taaruf Tahun 1 sesi 2013/2014 melabuhkan tirainya pada waktu tengahari. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, program ini berjaya dilangsungkan dan diharapkan generasi seterusnya dapat meneruskan tradisi ini pada masa akan datang.

Dental Students Club mengucapkan selamat datang kepada adik-adik junior tahun 1 yang dikasihi, dan semoga berjaya sepanjang perjalanan menuntut ilmu di bumi tarbiah ini. Selamat maju jaya ! :)

One Response so far.

  1. Dewi Aja says:

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)