
Minggu Taaruf Tahun 1 sesi 2013/2014
Objektif utama Minggu Taaruf/Orientasi untuk pelajar tahun 1 diadakan adalah untuk memperkenalkan Fakulti Pergigian USIM kepada adik-adik yang baru sahaja menjejakkan kaki di USIM Pandan Indah ini. Melalui program ini, mereka dapat berkenalan dengan senior-senior dengan lebih dekat serta bertanya serba sedikit tentang pengalaman mereka sepanjang berada di sini. Program ini berlangsung selama empat hari dari 5 September 2013 sehingga 8 September 2013.
5 September 2013 :
Tepat pukul 1 tengahari, pelajar tahun 1 selamat tiba di perkarangan GlenView Villa, kolej kediaman pelajar pergigian dan perubatan USIM.
Selepas mendaftarkan diri di unit kolej masing-masing, urusetia program memberi taklimat untuk aktiviti seterusnya iaitu solat Maghrib dan...