Snippet

30% Doktor gigi palsu? Adakah bermakna 30% Pakar Prosto atau 30% fake dentist?

30% Doktor gigi palsu tidak bermakna 30% doktor pergigian di Malaysia adalah Pakar Prosthodontic ye. Berikut adalah dari article dari akhbar Utusan.

"Saya tidak mahu di-interview! Say NO to FAKE dentist!" dengan senyuman.

--------------------------------------------------------------------------------------

* 95 doktor disiasat, 28 daripadanya tiada dalam senarai terkini Majlis Pergigian Malaysia.

* 29 daripada 122 nama klinik gigi yang disiasat, tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

* Kebanyakan doktor gigi 'palsu' ini adalah warga asing yang diupah oleh pemilik 'klinik gigi haram'.

* Pesakit gigi yang mendapat khidmat doktor palsu, berisiko wajah jadi cacat, gusi dan tulang muka rosak atau nyawa melayang.

"Kami hensem."

Klik sini untuk link-nya.

--------------------------------------------------------------------------------------

SESEORANG terpaksa belajar sehingga lima tahun dan membayar kos sehingga RM500,000 sepanjang tempoh pengajian untuk bergelar doktor gigi. Namun siasatan Unit Khas Utusan Malaysia mendapati gelaran itu dikongsi doktor gigi ‘palsu’ yang turut membuka ‘klinik gigi haram’ di negara ini.

Daripada 95 nama doktor gigi yang disiasat, 28 daripadanya atau hampir 30 peratus tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC). Manakala daripada 122 nama klinik yang disiasat, 29 buah atau 25 peratus tidak mendapat tauliah daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Kementerian Kesihatan.

Pada masa ini, terdapat 3,567 doktor gigi berdaftar dengan MDC di seluruh negara. Oleh itu, jika hasil siasatan tersebut diambil kira iaitu nisbah terdapat 28 doktor ‘palsu’ bagi setiap 67 doktor sah, maka di seluruh negara kini terdapat tidak kurang 1,490 doktor gigi ‘palsu’.

Penemuan wartawan penyiasat, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan ROSALINDA MD. SAID bersama jurugambar ZAINI HUSIN serta WAHIDAH ZAINAL dalam Bahagian I laporan khas ini pasti menggerunkan orang ramai terutama mereka yang selalu membuat pemeriksaan, menampal dan mencabut gigi atau melakukan kosmetik ortodontik iaitu mencantikkan kedudukan gigi.

Risiko menggunakan khidmat doktor gigi ‘palsu’ dan ‘klinik gigi haram’ termasuk kesukaran menuntut ganti rugi jika berlaku komplikasi yang tidak diingini terhadap muka atau wajah akibat kecuaian. Malah ia mengancam kesihatan dan boleh meragut nyawa terutama ketika peringkat tampalan, mencabut atau membius.

USIM terus maju.

Klik sini untuk link-nya.