Snippet

KEMPEN "ANDA BIJAK JAUHI ZINA'





Dental Student Club di bawah kelolaan Biro Pembangunan Sahsiah & Kerohanian julung-julung kalinya akan menganjurkan program khas yang diberi nama KEMPEN "ANDA BIJAK JAUHI ZINA". Program ini akan dijalankan secara berterusan selama 2 minggu bermula pada 17 Oktober 2011 dan menjangkakan penglibatan menyeluruh daripada semua pelajar pergigian USIM.

Antara objektif utama program ini adalah seperti berikut:

1. Melahirkan pelajar pergigian yang seimbang dari segi akademik & agama, selaras dengan apa yang sering dilaungkan oleh Dekan Fakulti Pergigian USIM; 'Fostering a balanced professional in dentistry'

2. Memberi kesedaran & pengetahuan kepada pelajar-pelajar tentang bahaya & akibat daripada melakukan perbuatan zina yang kian membarah pada hari ini.

3. Membawa perubahan secara langsung kepada pelajar terutamanya yang sedang dilamun cinta agar menyalurkan perasaan fitrah nan suci itu kepada yang sebenarnya, iaitu pemilik cinta yang sebenar; Allah SWT.

Sepanjang 2 minggu program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dirangka antaranya: tazkirah di setiap kelas sebanyak 2 kali seminggu, tayangan video, pertandingan menulis artikel dan sebagainya. Bagi pertandingan menulis artikel, sebanyak 2 artikel perlu dihantar oleh setiap 'batch' untuk diadili oleh juri-juri professional. Pelbagai hadiah menarik akan disediakan bagi yang berjaya.

Sebagai kesimpulan, marilah kita bersama memeriahkan dan menghayati program yang akan dijalankan ini demi melahirkan generasi doktor pergigian yang serba serbi faham & cakna akan masalah yang semakin menular dalam kalangan generasi kita pada hari ini.


"bagi seorang pecinta, kehilangan hati barang sehari bagai satu mimpi ngeri..."


disediakan oleh:
Ahmad Akmal bin Ahmad Saberi
Biro Pembangunan Sahsiah & Kerohanian DSC USIM

One Response so far.

  1. Tahniah atas usaha menyebarluaskan kempen ABJZ!

    InsyaAllah kami daripada Raudhatus Sakinah akan memberi talk ABJZ di USIM pada Sabtu ini di Fakulti Ekonomi & Muamalat. Program ni lain ya daripada apa yang dibuat oleh Dental Student Club ni?

    - Abdullah -
    Jurulatih Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy (RSMTC)