Baju Rasmi dan Jaket FPg
assalamualaikum buat semua pelajar-pelajar fakulti pergigian USIM.
alhamdulillah, baju korporat FPg akan dihasilkan tidak lama lagi. untuk makluman, baju ini akan dijadikan baju rasmi pelajar-pelajar FPg USIM dan boleh dipakai bagi tujuan formal mahupun tidak seperti program-program rasmi fakulti, Dental Student Club, program-program anjuran kelas masing-masing mahupun jika kalian mewakili FPg USIM ke mana-mana pertandingan seperti debat. Ianya merupakan hasil buah fikiran bersama dan sebarang cadangan mahupun komen telah turut di ambil kira. InsyaAllah pihak kami (DSC) akan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan kualiti baju yang dihasilkan sejajar dengan cita rasa kalian dan mampu memuaskan hati semua pihak.
di sini, turut di sertakan contoh baju korporat yang akan dihasilkan:
baju rasmi FPg |
harga bagi seunit baju korporat ialah RM 63. bayaran boleh dibuat mulai esok hari kepada wakil-wakil kelas yang telah ditetapkan:
- fariha (tahun 1)
- fitriah (tahun 2)
- nurul asmat (tahun 3)
- sulaiman (tahun 4 & 5)
sebarang pertanyaan, cadangan mahupun perubahan berkaitan tempahan yang telah dibuat (terutama sekali mengenai nama yang akan disulam pada baju tersebut) boleh diajukan kepada wakil DSC di kelas masing-masing.
seterusnya, ialah berkaitan jaket FPg. 'design' akhir jaket masih belum diputuskan. oleh itu, pihak kami memohon jasa baik & kerjasama kalian untuk mengundi design yang kalian mahukan di laman facebook DSC. sekadar ingatan, jaket yang akan ditempah merupakan 'ready made'; justeru 'design' yang kami maksudkan di sini hanyalah merujuk kepada kedudukan logo, nama & juga sebagainya. dari segi potongan jaket dan spesifikasi lain, ianya telah ditetapkan oleh pihak pengeluar. harga bagi seunit jaket juga sekitar RM60.
berikut merupakan contoh jaket yang memerlukan survey daripada kalian:
pilihan 1 |
pilihan 2 |
pilihan 3 |
pilihan 4 |
para pelajar adalah digalakkan untuk memiliki kedua-dua baju rasmi dan juga jaket FPg ini yang secara tidak lansung melambangkan kesatuan kita sebagai warga FPg dan mempamerkan imej fakulti kita di mana jua kita berada. segala kerjasama & respons positif kalian kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
*bagi sesiapa yang tidak mempunyai akaun facebook, sila tinggalkan komen (survey) kalian di sini. terima kasih.
noor faradzela mohamad (013 6412824),
faradzela91@gmail.com
Boleh saya tahu mana nak cari tempahan jaket macam itu..?