Snippet

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PELAJAR-PELAJAR PERGIGIAN TAHUN PERTAMA USIM

Assalamualaikum...

Salam muhibah kepada semua...

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana program khidmat masyarakat kami; pelajar-pelajar pergigian tahun pertama berjalan lancar seperti yang telah dirancang pada 27 Mac 2010 yang lalu. Program ini merupakan salah satu modus operandi yang amat bermanfaat bagi kami kerana mampu memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna sebagai panduan buat kami untuk menyemai semangat ke arah pembentukan seorang Doktor Pergigian yang seimbang pada masa akan datang... Biiznillah...Insya-Allah... Dilampirkan sekali video pendek sebagai gambaran sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan sepanjang program ini...